10 September 2009

Kalimat Tuhan

selembar demi selembar
kalimat tuhan bertaburan
diinjak kaki-kaki rakus
hidup haus

lalu
kukumpul
selembar demi selembar
ke saku diri

fauzirashid
10.9.09

2 ulasan:

  1. salam Tuan Fauzi,

    Semoga Allah memuliakan
    kamu, kerana memuliakan
    kalam-Nya

    BalasPadam
  2. Salam Fauzi,

    tiap kalimat
    pada tiap lembar itu
    aku semai subur dalam hati
    buat petunjuk hala diri
    hingga sampai ke destinasi pasti.

    BalasPadam