18 September 2009

Cobaan

i
kita yang dari maktab ramadhan
sebentar akan hadir pada konvo anugerah
syawal yang gemilang dan gah

pintukan dibuka
kita menyarung kembali pakaian diri
setelah dibasuhan tangan-tangan ramadhan
suci berseri putih umpama bulan pagi

ii
sebentar belenggu dibuka tuhan
bebaslah mereka meratah iman
mangsa-mangsa yang sedang gemilang dan gah
kembali menunggang nafsu serakah

iii
kita kembali hidup
mengharung gelombang laut
melatam bahang bara
menguji diri
dalam cobaan

fauzirashid
24.9.09

3 ulasan:

  1. hidup tanpa cubaan bagai bernafas tanpa udara
    senyum tanpa ketawa...

    BalasPadam
  2. salam faziz ar,

    Ramadhan disambut mesra
    taraweh dan baca

    Tiba Syawal, habis
    semua

    Apa yang sebulan,
    sehari hilang

    Allah

    BalasPadam
  3. Salam Fauzi,

    Belenggu dibuka
    Bersedialah menghadapi
    Pelbagai ragam pelbagai cubaan
    Ijazah dipegang itulah panduan
    Taqwa itu lawan segala..:) s h r ..m z b

    BalasPadam