30 April 2009

Puisi4

Keluarga Seniman
(buat sebuah keluaga seniman yang kutemui di National Museum of Modern Art di Ueno Park)

sisuami bertungkus lumus memahat
galur-galur fikiran
membentuk liku-liku pada sebonggol batu
sewaktu mencantumkan ketulan-ketulan
peluh tumbuh
asap rokok menjadi awan di langit
lalu dia berdiri mengelilingi
memerhati fikiran sendiri
setelah benar-benar puas dia menghembus nafas
dan menamakannya ‘Opera’

siisteri pun bertungkus lumus mengukir
galur-galur perasaan
membentuk garis-garis pada rekahan kayu
sewaktu mencantumkan dahan-dahan
peluh tumbuh
di kepalanya ada sebakul ikebana
lalu dia berdiri mengelilingi
memerhati perasaan sendiri
setelah benar-benar puas dia menarik nafas
dan menamakannya ‘Disease’

sewaktu di katil
bersama di selimut kecil
suami megembangkan jari-jari
merangkul awan biru
isteri membuka dada
di situ menguntum berjuta ikebana

lipas kulihat merangkak ke ruang
cuba mentafsirkan gerak-gerak bayang


fr
tokyo
31.8.87

2 ulasan:

  1. Bait2 yg puitis, tersusun baik.

    Salam puisi saudara.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas kunjungan semuga ketemu lagi...

    BalasPadam