04 Januari 2021

 Menutup jenayah dengan penipuan,

Menutup penipuan tersebut adakalanya mencipta lagi penipuan....atau beberapa siri penipuan.
Adakalanya jenayah dan penipuan pula ditutup dengan jenayah pembunuhan atau paling ringan penyingkiran...
Yang pandai mengampu mengambil tempat strategik.
Yang tak tahu apa.. jadi pengampu hanya kerana mabuk dik asap penipuan...atau hanya kerana berjiwa asobiah yang terlampau...menjadikan mereka tolol...dan terus menerus ditololkan...
Itulah episod episod yang kita saksikan menjelang penutupan tirai 2015.

30.12.15

 Tika matamu dan mataku bersapa

Matamu yang meredup
merungkai tangkai jantung
gugur seumpama
rintik salju
di batu pergunungan dan
mencair
mencari alir yang
tak menentu
Dan di laut yang bergelombang
kurenangi malamku
mencari-cari matamu
Tuk mengubati sepiku
Dengan cahaya di perhentian
sebuah pelabuhan
kudambakan pertemuan
dermaga perkasihan
kita berdua
Biar rindu itu berdakapan
selama-lamanya...

5.1.16

 Waktukah yang memisahkan kita

atau jarak itu yang menghalang perkasihan ini
Makanya...
kita tidak lagi punyai waktu
untuk bisa bersama
seperti dulu

5.1.16

 Pencemaran

Langit berdarah
sungai berdarah
laut menyimbah darah
ke pantai parah
Rahang lembaga hitam
yang agam
yang kejam
terus mengganas...
(untuk mangsa debu bauksite)
6.1.16

 Sepatu nan sepasang

walau apapun kami telah sepakat
untuk bersama pada setiap langkah
dan memikul bebanmu walau ke mana...
kami tak akan mengeluh duhai kekasih!
dan biarpun jasad kami kian menipis
kian lusuh...
biarkan!
kami rela. kami pasrah.
melindungi jejak-jejak dirimu yang
terlalu kau rahsiakan!
biar kami simpan
tapak-tapak keliru
dimamah air
dihuni buih
9.1.16

 dengan sebilah belati

kau hiris jantungku
lukanya berkurun
menitis

13.1.16

 Keliru. Apakah...

Apakah ratibku tidak sama dengan ratib kalian
atau tasbihku berbeda dengan tasbih kalian
atau hanya sanya...
sujudku tidak lagi berjemaah bersama kalian...
Makanya aku
menjadi puntung neraka
selama-lamanya..
17.1.16
Rogayah Faizah, Mamu MK Hasny dan 26 yang lain
1 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih