14 Julai 2011

Pengertian

dan...
butiran pepasir di lantai sungaiku
mengerti..!
pekatnya air yang mengalir
dari hulu ke hilir

fauzirashid

07 Julai 2011

Dalam Soal Jawab

sebenarnya
tidak ada soalan
tidak ada jawaban

hanya kerna mereka yang menyoal
dan mereka yang menjawab

sebenarnya
kulihat mereka bertelanjang
melibas bola tanggung yang dilambung
ke gelanggang yang kosong

sebenarnya
soalan yang mual
jawaban yang mual

sebenarnya
mereka tidak ada kejantanan
berdepan lawan
memasuki gelanggang

dan
jawaban yang mual dari soalan yang mual
pun ke udara berkali-kali....

fauzirashid
(Melihat rancangan Soal Jawab TV$)

04 Julai 2011

Selekoh Tajam

akhirnya kita temui selekoh tajam
dalam perjalanan menuju penentuan
bas yang kita naiki tidak mampu lagi untuk berpatah balik
muatan telah melebihi had

kalaupun brek ditekan
kami penumpang akan mengasak ke hadapan
bas ini akan pecah - berderai...

apakah pilihan yang ada pada sebuah perjalanan kita - akhirnya?
lampu isyarat memancarkan satu warna - merah
hijau dan kuning telah dipadamkan
dan jalan ke hadapan kian tersekat
sebuah gunung telah diletakkan di persimpangan
bas ini hanya punyai satu arah
membelok pada selekoh tajam

sebentar
apakah kita akan menukar destinasi?
lantaran kehabisan bahan api
barangkali...

fauzirashid



30 Jun 2011

Bersih 2011

kalau kau pening
dengan hijau dan kuning
jangan sekali kau tunjuk samseng

kamipun marah
dengan sipatriot merah
yang tunjuk gah

biarkan
kami unjuk rasa
membicara lapan perkara

ayuh
imarahkan demokrasi
dengar suara kami
demi pertiwi

fauzirashid
30.6.11

29 Jun 2011

Jam Tua

sekian lama
bandulnya telah pegun
gigi-gigi waktunya telah rongak
tiada lagi pelincir yang mampu
menanggalkan kerak diri

dia!
dibiarkan di penjuru itu
menyendiri
bersawang dan berdebu
tiada siapa lagi yang peduli

fauzirashid
(di sebuah masjid tua)

26 Jun 2011

Kerana Benar

kerana benar
usah gentar
duhai ambiga

mereka sekedar
bikin gempar
bikin onar

kerana benar
usah gentar...
duhai ambiga

fauzirashid
(26.6.11)

12 Jun 2011

Dunia Melayu

tiada lagi madah
untuk dia berhujah
lalu...ditaburnya fitnah

(Entah mengapa aku begitu jelak dengan perkembangan dunia siasah kita kini. Demi kuasa, tuhan telah ditiadakan. Matlamat menghalalkan cara...Dunia melayu telah menempuh peristiwa fitnah dan mehnah ini dalam sejarahnya... Fitnah ke atas pahlawan terbilang Hang Tuah telah menyebabkan empayar kerajaan Melayu Melaka terjajah oleh kuasa barat (Portugis). Manakala fitnah ke atas Mahsuri telah menyebabkan Pulau Langkawi mengalami kemunduran selama tujuh keturunan....Soalnya tidakkah itu menjadi iktibar kepada kita? Apakah kita masih sanggup mendiamkan diri untuk masa depan anak cucu kita?)

Bersama ini aku sertakan diskusi aku dengan seorang aktivis sastera dan memimpin persatuan penulis sebuah negeri...(* Saya, @ aktivis sastera)

*assalamualikum

@melayu semenjak zaman melaka, begitu...

@itu tipu muslihat politik tp Allah akan memelihara orang yang benar

@biasalah

*tapi ianya memberi impak yang besar kepada generasi kita...khususnya melayu...

@melayu semenjak zaman melaka, begitu...

*yalah....melayu bukan saja tidak berubah sejak zaman hang tuah dan zaman mahsuri di mana pembesar yang hasad menggunakan kaedah fitnah seks untuk hapuskan lawan...tapi sekarang kelihatan lebih teruk lagi...bukan saja tuduhan liwat malah ada tayangan porno yang kelihatan sengaja ditimbulkan tepat pada masanya..

@itu tipu muslihat politik tp Allah akan memelihara orang yang benar

*tapi kebenaran hang tuah..apatah lagi mahsuri memakan masa berabad baru mendapat kebenaran tersebut..

@Allah menguji hambanya

*kes mahsuri selama 7 keturunan langkawi mengalami sumpahan...ini kerana melayu mudah membuat persepsi...golongan bijakpandai ada yang mengambil kesempatan..yang paling berani hanya mendiamkan diri....walaupun mereka tahu kebenaran yang sebenarnya...

@benar tapi sejarah tidak semestinya sama

*tapi sejarah harus memberikan petunjuk kepada kita....

@perlu mengkaji sejarah untuk menangani perkara yang terjadi

*pada pendapat saya semasa pateh karma wijaya mengemukakan cerita seks Hang Tuah, banyak pembesar yang turut dengki, mengiyakan fitnah tersebut menyebabkan raja membuat keputusan. Ianya dijadikan seolah-olah benar dan menggunakan media yang mantap untuk kebejatan itu...manakala pembesar yang lain mendiamkan diri...begitu jugalah yang berlaku ke atas Mahsuri...dan kini....

@Hang Tuah dan Mahsuri tidak cuba mempertahankan diri......

*pada pendapat saya..mereka telah habis daya untuk mempertahankan diri...gelombang fitnah terlalu ganas, rakus dan kejam...

*rakyat biasa di zaman feudel ketakutan lantas mendiamkan diri...ade yang tidak ambil pusing pun....hal ini berlaku kini...

@tiada tercatat dalam sejarah mereka cuba mempertahankan diri melainkan akur dengan keputusan pihak yang bertanggungjawab

*catatan adalah media yang pada masa itu bersifat feudel...

@kaji sejarah kemudian bertindak bagi mendepani fitnah itu

*pada pendapat saya mustahil mereka sebagai iindividu tidak bercakap sepatahpun untuk mempertahankan diri...baik hang tuah mahupun mahsuri...tapi media dikuasai oleh pemfitnah yang terancang...bijakpandai mendiamkan diri...

@hang tuah tidak.....contoh dia sanggup membunuh hang jebat yang mempertahankannya

*itu adalah sifat melayu feudel yang bertuhankan raja....

@itulah saya katakan tadi .....tiada yang berani mempertahankan diri...terima sahaja ...apa2

*dalam keseorangan..dikelilingi pendakwa yang jahat...sesiapapun tidak dapat berbuat apa-apa...

@kalau begitu...terimalah padahnya

*dan kini...dihadapan kita..dijaman moden ini..peristiwa begitu kelihatan berulang...apakah minda melayu memang begitu...tidak boleh memikirkan selain daripada itu....?

@melayu memang sifatnya begitu...berani menentang berhabisan terhadap bangsa sendiri..takut dengan bangsa lain

*tidak kah kita terasa ingin bersama untuk turut serta mengembelingkan massa memperbetulkan keadaan ini....tidakkah kita terasa tertuntut? atau pasrah seperti melayu jaman feudel?

@dah ramai pejuang yng menggerakkan massa

*saya merasakan kebenaran akan kalah...agaknya memang begitu di dunia melayu sejak feudel sampai kini.....

@jangan buat ramalan sebelum berusha

*terima kasih....semuga diskusi ini dapat diteruskan dimasa akan datang....semuga menjadi titik tolak persahabatan yang lebih ampuh...selamat malam....

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih