25 Mac 2020



Kekalutan Covic-19

24.3.2020 hari ini.  Cuaca begitu cerah. Langit berawan nipis. Seminggu kita telah melalui Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang dikenakan oleh pemerintah khusus membendong makhluk seni yang bernama Virus Corona atau Covit-19 dari menular yang dikhuatiri menjadi wabak yang sangat menggerunkan.  Ia sudah menjadi pendemik dan menakutkan manusia semua bangsa.  Ia datang tanpa memperdulikan sempadan dan tanpa mengira kebudayaan mahupun kepercayaan.  Kepantasan penularannya adalah disebabkan lebih kepada tamadun kemajuan manusia di mana mobilasi manusia merentas benua begitu mudah dan begitu rancak.  Tanpa disedari virus tersebut turut menumpang pergerakkan individu samaada melaui udara, kapal laut hatta jalan darat.

Seminggu berlalu  kita telah melalui satu perintah yang sebelum ini tidak pernah kita lalui.  Kita semua terkejut dan dalam kebingungan untuk menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan atau ‘Lockdown’ ini yang dijadualkan bermula dari malam 17.3.2020 sehingga 31.3.2020.

Pada peringkat awal netizen kurang faham akan tujuan arahan PKP dan mengambil kesempatan untuk pulang kekampung ekoran dari pengistiharan penutupan  pejabat-pejabat.  Maka steysen bas dan lain-lain pengangkutan awampun diserbu oleh ribuan netizen dengan bersesak-sesak tanpa menyedari bahawa penularan virus ini mungkin menjadi bertambah buruk.

Beberapa halangan diumumkan oleh PM.  Antaranya rumah ibadat tidak lagi boleh dikunjungi untuk melakukan rutin peribadatan.  Kita tidak mendengar rungutan dari penganut Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain berhubung dengan larangan ini.  Larangan ini memberi impak yang terkesan bagi orang Islam. Mungkin kerana orang Islam mengunjungi surau masjid sebanyak 5 kali sehari.

Larangan ini pada mula dipandang negative. Ada yang berpendapat ini adalah usaha kerajaan untuk melumpuhkan syiar Islam.  Ada pula yang mengatakan sepatutnya apabila musibah melanda kita, kita sepatutnya lebih ramai hadir ke surau/masjid berjemaah memohon doa pertolongan dari Allah.  Lantaran itu pada peringkat awal sehari atau dua hari PKP diumumkan, surau/masjid masih dikunjungi oleh para Jemaah.  Ada yang datang sebagai protes dengan arahan tersebut.

Pihak berkuasa di negeri seperti di Negeri Perak pula memberi kebenaran agar surau/masjid hendaklah didirikan juga solat berjemaah dengan melakukan laungan azan (dengan sedikit tambahan yang membawa maksud agar solat di rumah sahaja) sebagai memenuhi fardhu kifayah bagi kariah yang berkenaan.  Jemaahnya disyaratkan hanya seramai tiga orang sahaja –seorang imam, muazin dan siak.

PKP selepas itu mula difahami dan diterima oleh netizen dengan agak baik.  Ini terjadi melalui penerangan yang intensif dari media rasmi kerajaan.  Disamping itu juga penyebaran melalui media baru seperti Wasup, Telegram, Facebook dan seumpamanya turut memberi kesan yang positif terhadap pemahaman rakyat.

Walaubagaimanapun melalui media-media social yang berkenaan bercambah juga berita-berita atau cerita-cerita yang palsu disebarkan oleh individu-individu yang entah apa tujuan mereka.  Berita-berita yang tidak sahih itu tersebar dengan cepat dan turut memberi kesan dan masalah kepada PKP.  Seumpamanya disebarkan bahawa virus corona ini sangat mudah untuk dibasmikan hanya dengan memakan ramuan tertentu atau air tertentu.   Terdapat juga siaran-siaran yang menyatakan kerajaan membuat keputusan yang tidak tepat dan menyarankan pihak berkuasa perlu melakukan perkara begitu begini tanpa ada apa-apa sandaran yang sahih atau pengetahuan yang mendalam berkenaan perkara tersebut.

Masing-masing mahu menunjuk pandai dengan posting masing-masing walhal pihak berkuasa dilengkapi dengan kepakaran dan peralatan yang lengkap sudah tentu lebih jitu dalam perancangan yang ingin dilaksanakan.

Para peminat theory konspirasi  turut mengambil bahagian dan menyebarkan fakta-fakta mengikut susur galur fahaman mereka.  Umpamanya Virus ini adalah dicipta oleh manusia sebagai senjata peperangan yang mutakhir iaitu senjata biologi.  Malah ada yang mengatakan bahawa kita sekarang berada dalam episode Peperangan Dunia ke-3.  Hujah mereka, ini adalah peperangan antara dua kuasa besar dunia- Amerika dan China.

Ada yang mengutarakan virus ini adalah merupakan bom yang dilancarkan oleh Amerika ke atas China.  Dan sebaliknya ada yang berpendapat pihak China mencipta virus ini dan berlaku kebocoran dan lantas merebak diluar kawalan mereka.  Ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah perancangan Iluminati dalam usaha untuk merencanakan dokrin mereka untuk mengurangkan penduduk dunia yang sekarang ini seramai 7.7 bilion.  Mereka ingin mematikan umat manusia sehingga tinggal 500 juta sahaja.  Pihak agamawan pula ada yang berpendapat bahawa ini adalah petanda kiamat telah hampir dan saatnya sudah sampai untuk Dajjal turun ke dunia bagi menyesatkan semua manusia.

Donald Trump dalam kenyataan akhbarnya menamakan virus covet ini sebagai ‘China Virus’.  Walaupun ia disanggah oleh beberapa wartawan yang menuduh kenyataan beliau sebagai kenyataan rasis yang ‘baseless’ tetapi ia tetap berkeras dengan kenyataan tersebut.  Dan pada hari ini tak semena-mena vaksin untuk virus ini telah dihasilkan oleh dunia barat.



akan cuba disambung sempena terluangnya masa semasa KPK

25 Januari 2019

Bayang

di dini hari
dia selalu bersamaku
mengekori ke mana saja aku pergi

di saat kegelapan membungkus diri
dia lenyap
ke mana entah

15 Disember 2015

Tika Mataku dan Matamu Bertemu

matamu yang redup itu
merungkai tangkai jantungku
gugur seumpama
rintik salju
di batu pergunungan dan
mencair
mencari alir yang
tak menentu

dan di lautan yang bergelombang
kurenangi malamku
mencari matamu

tuk mengubati sepiku

dengan cahaya di perhentian
sebuah pelabuhan
kudambakan pertemuan
dermaga perkasihan
kita berdua

biar rindu kita berdakapan
selama-lamanya....


15.12.15

26 April 2015

Sebuah Mimpi

kugali pasir gurun yang terpencil
kutemui sepasang nisan purba
masih utuh!

di bawah nisan itu
kutemui
lembaran-lembaran berwarna
wajah ceria
seorang dia
yang belum kukenali

kucuba menyelak lembaran-lembaran
membaca abjad-abjad kuno
menjejak silam

anehnya...
lembaran-lembaran itu berterbangan
menjadi debu.

di langit
bila kumendongak
jubin-jubin lesu
bergantungan
di laut biru

26.4.2015





19 Mac 2015

Di Lantai Diri

di lantai ini
aku meratib namaMu
meratap rahmatMu
airmataku pun tumbuh dari kelopak
merembes dan bergenang

di ruang yang terbatas
baldu membasah di lantai
tiang-tiang diri pernah bergoncang
digegar iblis

di sini
kusemadikan ingatan
pada jiwa sepi
seorang aku

19.3.15

26 Februari 2015

Terkenang

di sudut waktu
kugantung potretmu
kusimpan dukaku ke lemari kaca
aku yang terbujur di ranjang ini
tidak kumampu melelapkan mata

aduhai kenangan...
ralitkan aku biar melena
singgah sebentar dipojok raga
ngilu sembilu menghiris jiwa

aduhai dikau...
apakah aku dah langsung tiada
walau sebentar di muara rasa

26.2.15


Bunga Plastik

i.
di atas meja di botol kaca
bunga plastik begitu angkuh
menjeling anggerik rimba
ii.
kupu-kupu hinggap di kelopak anggerik
menikmati madu menebarkan debunga
nyamuk tertidur di kelopak palsu
memalitkan darah beku
25.2.15

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih