pasti setiap petang. ketikaku berjalan pulang
kutemui seorang gadis di liku itu. menundukkan mukanya merenung sepatuku
dan aku pasti cuba
mencari-cari matanya dicelah helaian rerambutnya
pasti setelah beberapa langkah berlepas. aku kan menoleh kepadanya
dan...
dia menoleh kepadaku pasti dengan segan silu
menyerahkan matanya kepadaku
hampir setiap petang. dan aku tidak pernah mengerti
apakah ini satu hiburan
atau apa saja yang bernama selingan
suatu waktu kami pernah tidak ketemu
ketika kulewati liku itu
lalu entah mengapa tembok meletakkan di bahuku
seguni pertanyaan terlalu berat untuk kuberi jawapan
dan ketikaku merebahkan diri
ada keresahan kulihat memanggil dihujung kaki
aku menjadi tidak pernah mengerti gerak isyaratmu
apakah ini satu permulaan
atau apa saja yang bernama pertemuan
dan hampir setiap petang kini. kukira aku dan dia
kan cuba menyatukan waktu. ketika melewati liku itu
supaya:
dia dapat melihat sepatuku lagi
dan aku dapat mencari-cari matanya
dicelah helaian rerambutnya
Apakah ini satu permainan
atau apa saja sesuatu yang tidak dapat kumengertikan
fr
20.10.87
pagi yang sejuk tokyo
14 Mei 2009
11 Mei 2009
Puisi10
Yang kumuliakan
(Khas buat ibu yang menyayangiku)
selepas Allah
rasullulah
lepas itu
kaulah ibuku
yang menjagaku saban waktu
selamat hari ibu
sekadar ingatan tulus
tak mampu membalas jasamu...
fr
8.5.09
(Khas buat ibu yang menyayangiku)
selepas Allah
rasullulah
lepas itu
kaulah ibuku
yang menjagaku saban waktu
selamat hari ibu
sekadar ingatan tulus
tak mampu membalas jasamu...
fr
8.5.09
09 Mei 2009
Puisi9
Bentanglah Kebenaran
i
ayuh hakimku!
bentanglah kebenaran dengan benar
tanpa gusar tanpa gentar
kalau tidak jutaan tanda soal
kan meretakkan rumah kita yang mahal
ii
dan...
kalau engkau berasa
di sudut itu kau tak punya kuasa
katakan saja
jangan cuba melompat tembok
demi tembolok
fr
9.5.09
i
ayuh hakimku!
bentanglah kebenaran dengan benar
tanpa gusar tanpa gentar
kalau tidak jutaan tanda soal
kan meretakkan rumah kita yang mahal
ii
dan...
kalau engkau berasa
di sudut itu kau tak punya kuasa
katakan saja
jangan cuba melompat tembok
demi tembolok
fr
9.5.09
Puisi8
Jangan Jangan Begitu!
kalau nanti mahkamah turun perintah
jangan nanti nampak duduk sebelah
dengan hujah dengan hemah
misti dilihat duduk di tengah
kalau tidak
rakyat juga punya mahkamah
berhak menghitung punya amarah
jangan
jangan begitu..!
fr
9.5.09
kalau nanti mahkamah turun perintah
jangan nanti nampak duduk sebelah
dengan hujah dengan hemah
misti dilihat duduk di tengah
kalau tidak
rakyat juga punya mahkamah
berhak menghitung punya amarah
jangan
jangan begitu..!
fr
9.5.09
Puisi7
Sidang DUN Perak 7Mei
boleh saja ke mahkamah
atau terus ceramah
kalau tanpa hemah
semua kalah
semua punah..
fr
8.5.09
boleh saja ke mahkamah
atau terus ceramah
kalau tanpa hemah
semua kalah
semua punah..
fr
8.5.09
06 Mei 2009
Puisi6
Sepi
adakalanya melalui
kehidupan ini
terlalu sepi
pada waktu-waktu yang kosong begini
aku cuba menyibukkan diri
dengan kerja-kerja yang tiada erti
fr
selasa
28.7.87
adakalanya melalui
kehidupan ini
terlalu sepi
pada waktu-waktu yang kosong begini
aku cuba menyibukkan diri
dengan kerja-kerja yang tiada erti
fr
selasa
28.7.87
04 Mei 2009
Puisi5
Saat Pemergian Dan Mata Itu Berbicara
i
Seorang ayah
anakku yang comel...biarkan ayah
menatap matamu dalam-dalam
dan biarkan ayah
membawa matamu itu
memanjakan waktu
ii
Seorang suami
cuma yang abang pinta
mata kita berdakapan
dan rindu kitapun sentiasa
.....berdakapan
iii
Seorang anak
ibu...airmatamu itu
memandikan jantungku dengan
cahaya kesucian...
iv
Seorang kekasih
cuma...izinkan aku
membelai matamu
dengan jari jemariku
di bibir persetiaan
....saat kau kutinggalkan
fauzirashid
kelas bahasa jepun 86
A1. wismabeliaKL
i
Seorang ayah
anakku yang comel...biarkan ayah
menatap matamu dalam-dalam
dan biarkan ayah
membawa matamu itu
memanjakan waktu
ii
Seorang suami
cuma yang abang pinta
mata kita berdakapan
dan rindu kitapun sentiasa
.....berdakapan
iii
Seorang anak
ibu...airmatamu itu
memandikan jantungku dengan
cahaya kesucian...
iv
Seorang kekasih
cuma...izinkan aku
membelai matamu
dengan jari jemariku
di bibir persetiaan
....saat kau kutinggalkan
fauzirashid
kelas bahasa jepun 86
A1. wismabeliaKL
Langgan:
Catatan (Atom)
Belum bertajuk
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
ada yang menghirup segelas benci ada yang menghembus segumpal caci patah-patah kata bersiponggang dengan jerit pekik penggusti di tv kadang-...
-
bila malam pekat kita makin dekat makin dekat makin dekat makindekat malam semakin pekat kita semakin dekat semakin dekat semakindekat fau...