14 November 2014

Bermulanya Sebuah Cinta

demi Tuhan
kesepian adam
menjelmakan hawa
di langit syurga berdua

kasihpun menguntum...


dik kepingin hawa
menjamah ranumnya khuldi
menurunkan adam bersamanya
ke lantai bumi yang asing

rindupun merimbun
 kesepian kembali meresap
di dada adam dan hawa
dipisah benua entah ke mana

oh adamku...di mana geranganmu
oh hawaku sayang...aku ingin sekali, memelukmu


dua jiwa berkasih
pun mencari cinta
meredah pelantar benua yang garing

dan di jabal rahmah yang sunyi
hawa memeluk adam
adam mendakap hawa

tidak rela dipisahkan lagi
oh...tidak...!

Robbana, Zolammna, Amfusana...
Wa iillam taghfirlana....
Watarhamna lanaku nan
naminal khosirin...

camar berlegar
ke biru langit yang terlalu dalam....

21 muharram 1436




Tiada ulasan:

Catat Ulasan