29 Februari 2012

Puisi untuk Binatang

di atas jalan beraspal hitam
di antara garisan putus tanpa hujung
ular menjadi bangkai
kucing menjadi bangkai
anjing menjadi bangkai
katak menjadi bangkai
tikus menjadi bangkai
burungpun menjadi bangkai
kura-kura berkecai
cengkerangnya hancur menjadi bangkai

mahu kuberitahu
pada semua kalian hai binatang
bahawa jalan beraspal hitam
bukan untuk kalian

di situ kemanusiaan telah tercicir
di longkang-longkang dan semak belukar
kehidupan mengejar dan dikejar
sepanjang hayat

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama9/6/12 8:22 PTG

    setip kejadian pasti ada sesuatu d baliknya

    BalasPadam