11 Februari 2012

Di Lorong itu

kau hulurkan padaku kartu nasib
ketika ku berjalan di lorong-lorongmu yang sempit
ramai lagi manusia-manusia kenapa tak kau hulurkan saja pada mereka
kau pilih aku dengan sekeping kartu kecilmu
kau minta aku memilih kartu-kartu mana yang punyai nombor-nombor yang akan dipilih tuhan
untuk kurangkul billion dongmu
bakal aku menjadi jutawan segera
ketika kujejak kakiku ke sini

duhai engkau
aku tidak mahu terpedaya dengan
kartu syaitan
yang kau unjukkan padaku

kenapa tak kau simpan sahaja kartu itu
dan kau tunggu saja pemberian dari tuhanmu
rezeki-rezeki dari renongan patong-patong buddha
yang kau sembah siang dan malam
bersama asap colok yang kelam

5.2.12
(Pasar malam Ben Than-Ho Chi Meh)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan