15 Februari 2012

Di Kedai Mamak

dengan
sekeping roti
secawan kopi
mereka bisa bicara tentang dunia
timur dan barat, selatan dan utara

sekeping roti
secawan kopi
dipesan lagi
mereka bicara tentang siasah
benar dan salah

sekeping roti
secawan kopi
lalu dipesan lagi
buat menonton liga-liga dunia
yang mencandui fikiran mereka

sekeping roti secawan kopi
terus diminta lagi
diratah dan dihirup semaunya

15.2.12


Tiada ulasan:

Catat Ulasan