27 Oktober 2011

Kesengsaraan Seorang Penagih

kukutip serpihan duka
seorang dia yang
meniti bilah-bilah kehidupan
dengan ranjau yang berbisa

bahawa perjalanan mengheret hidup
adalah umpama menempuh lautnya baraan
kadang-kadang tersudut dalam kegelapan
kadang-kadang dihentak guntur dari langit

sebuah kehidupan...
seorang dia yang selamanya derita
akibat meneguk serbat syaitan
dan menyedut jerebu dari neraka

fauzirashid
27.10.11


1 ulasan:

  1. Sebuah kehidupan..
    seorang dia yang meniti hidup tanpa arah tujuan
    berjalan terhoyong hayang mengikut langkah kaki
    terkadang ia jatuh tersungkur..rebah tak mampu berdiri..dan disitulah tempat dia beradu malam itu..yang entah esok mampu melihat dunia ataupun mata itu terus terpejam rapat buat selamanya

    ~~bungaTulip~~

    BalasPadam