04 Julai 2011

Selekoh Tajam

akhirnya kita temui selekoh tajam
dalam perjalanan menuju penentuan
bas yang kita naiki tidak mampu lagi untuk berpatah balik
muatan telah melebihi had

kalaupun brek ditekan
kami penumpang akan mengasak ke hadapan
bas ini akan pecah - berderai...

apakah pilihan yang ada pada sebuah perjalanan kita - akhirnya?
lampu isyarat memancarkan satu warna - merah
hijau dan kuning telah dipadamkan
dan jalan ke hadapan kian tersekat
sebuah gunung telah diletakkan di persimpangan
bas ini hanya punyai satu arah
membelok pada selekoh tajam

sebentar
apakah kita akan menukar destinasi?
lantaran kehabisan bahan api
barangkali...

fauzirashid



Tiada ulasan:

Catat Ulasan