25 April 2011

Kartu Nasib

tetiba
dihentaknya kartu nasib
pada meja putih yang keras
pasang-pasang mata membeliak
takjub

semua akur
dengan bacaan dan peraturan permainan
pertarungan nasib itu sudah ada pemenang!
dia akan mengaut semua pertaruhan
yang ada di meja putih yang keras itu

dan kalau perlu
kartu-kartu akan diagihkan semula
pada sesiapa yang masih berhajat

fauzirashid


1 ulasan: