28 Mei 2010

Ilusi

dengan sebatang galah
kukait matahari bening
di biru langit
lalu ianya gugur
dan kukelek pulang
kugantung ke siling kamar
lalu akupun terlena

fauzirashid
(kekosongan)
28.5.10

1 ulasan:

  1. salam Fauzi,

    Ilusi, wujud atau
    tak wujud

    sebab kalau dikata wujud,
    ia hanya ilusi, kalau
    dikata tak wujud, ada
    ada dalam minda

    Sahabat, aku suka sajakmu gaya
    yang ini dan aku, akan mencubanya
    jika diberikan ilham oleh-Nya

    ke guane :)

    BalasPadam