10 Mei 2010

Ibu

perempuan itu memandu kereta
di sebelahnya anak terbaring
menyonyot puting
di satu persimpangan
sambil menunggu lampu
sempat membancuh susu

bila lampu menjadi hijau
dia terus memandu
sambil sebelah tangan memegang anak nakal
dikilasnya setering kehidupan
menuju sebuah perjalanan yang perit dan panjang

perempuan itu
ibumu
hai anakku

fauzirashid
10.5.10
Selamat hari ibu

4 ulasan:

  1. salam fauzi
    metafora yg baik, personifikasi kepada stereng kehidupan, memacu hidup, sebelah tangan dengan nakal anak, puisi yang baik, betapa kekentalan semangat ibu..

    BalasPadam
  2. Doakan kebahagian/keceriaan untuk ibu yang penyayang.

    BalasPadam