22 Mei 2010

Gula

keliling kota
seluruh market super
mencari gula
macam nak gila

anak kami tidak kencing manis
mereka mahu gula
untuk cergas minda

kalian lain
kalian penguasa
boleh togok beer
tak perlu gula

ini negara apa
depa kata tycoon yang kuasa
tycoon yang punya

fauzirashid
(kembalikan hak rakyat)
22.5.10

3 ulasan:

  1. Gula pun tak boleh selesai,
    kalau hal-hal lain
    (termasuk menipu di mahkamah)
    bukan main cekap !

    BalasPadam
  2. salam fauzi,

    Kita digula-gulakan
    dengan gula

    Ah, semoga gula ibadah itu
    lebih manis dari gula yang
    digula-gulakan

    BalasPadam
  3. Walaupun gula membawa bala,
    Rakyat Malaysia tetap sayangkan gula.

    BalasPadam