14 Disember 2010

Puisi Untuk Tuhan

daun-daun puisiMu
sering menggamit sedarku
akan indahnya sebuah rekayasa seni
olehMu tuhan

betapa tangkai-tangkai rindu
didebungakan oleh serengga yang beterbangan
terpikat dengan warna kelopak
madu yang kau miliki
bahawa Engkau menggerakkan segalanya
rekayasa ini selamanya

doaku...teruskan
puisi dengan diksi-diksi
hidup dan terus
menghidupkan dunia diri
dalam apungan maya
arus yang bebas dan lepas

fauzirashid

2 ulasan:

  1. Salam Faziz Ar,

    "kunjungan dan menikmatinya ....".

    BalasPadam
  2. salam...

    setiap sesuatu yg berlaku adalah dgn kehendakNya..

    BalasPadam

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih