16 Mei 2010

Sibu2

syabas
kau telah buktikan bahawa
kita bukan seekur anjing kurap
yang menagih tulang dari mereka
lalu menjilat kaki mereka
sedang mereka dengan lahap memamah segala isi
dalam mangkuk rumah panjang kami

ajar mereka erti kemanusiaan
erti ketulusan
erti keikhlasan

ajar mereka
jangan biadap kepada rakyat
kepada kelompok marhein
kepada kami orang bawahan

katakan kepada mereka
"selamat tinggal"
kami menagih perubahan
secara total

jangan perbodohkan kami lagi
kami bisa berdiri sendiri

fauzirashid
(tahniah rakyat sibu)
16.5.2010

2 ulasan:

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih