16 Februari 2010

Hujah @ Tivi9

dalam kemunafikan diri
kulihat mereka tidak lagi mampu berhujah
kepada pertanyaan-pertanyaan yang ringan
apalagi sekiranya ada jemputan pasukan lawan duduk bersama
mereka pasti akan kelihatan dungu umpama lembu yang mengunyah rerumput kering

tanpa fakta mereka menabur perasangka
atau
sengaja mengeruhkan keadaan
dalam kesamsengan 50 tahun lebih mereka memenopoli segala urusan

ketika mereka dipuncak kuasa
mereka persetankan segala
kini mereka mahu muncul jadi pembela nombor wahid
tapi sebenarnya yang kulihat adalah;
taburan fitnah tanpa fakta
dalam nada dan muka yang tolol

aku tidak sekali-kali percaya
untuk mereka membela kami
mereka sebenarnya mahu bikin kacau
mahu buat samseng
agar dapat menjerut semula hidup kami

agar mereka dapat merompak
setelah gagal bertarung secara berdepan
secara anak jantan
kerana mereka tidak punyai hujah lagi
hanya mahu bikin kacau
dalam budaya samseng

mereka hanya mahu bikin
kami keliru
untuk bersama mereka

oh..tidak
kami telah insaf

fauzirashid
16.2.2010

3 ulasan:

  1. 'mereka menggunakan semua kebijaksanaan akal yang diberi tuhan untuk menipu semula tuhannya!'

    BalasPadam
  2. Saudara Fauzi, sungguh sukar mencari seseorang mendalami kekalutan jiwa marhaen yang lain dalam dunia puitis puisi .. dan bukan mudah membuka jiwa yang kelam itu dalam bait semburan dalam puisi .. namun kita cuba seadanya .. insyaALLAH

    BalasPadam
  3. salam sahabat,

    Lawan tetap lawan!
    apa cara, kena cara
    biar sejarah
    berbicara

    BalasPadam

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih