08 November 2009

Catatan Perjalanan

i
serpihan usia

seorang tua di steysen ini
menunggu gerabak
menopang ke sebatang tanda soal
yang bertitikkan
berjuta puntung dan abu pengalaman

ii
pelacur

di dalam bibir yang merah dan basah itu
sebutir mutiara berkilauan
di dalam mutiaranya itu
seekur ular membelit. menggigit

iii
keihinjima

pulau ini dibentuk
dari timbunan fikiran dan tenaga

iv

kau tidak pernah bertanya
ke mana suara menipis dan mengecil
ke dalam bumikah mengalir bersama air
atau naik tinggi dijilat mentari

v
di steysen senjuku

seorang tua duduk di tangga
di kakinya kulihat serakan nombor-nombor
di kepalanya bintang-bintang berlaga
di mulutnya basi sebotol beer
di matanya terowong gelap beribu lorong
di tangannya terhimpun angka-angka kosong

fauzirashid
(catitan sebuah pemerhatian pada satu perjalanan)
9.11.87

6 ulasan:

  1. suatu kesepian dan pemandangan yang sukar dilupakan.

    BalasPadam
  2. hurmm..menghayati nye antara
    pelbagai perasaan yang berbeza :)

    BalasPadam
  3. membaca puisi ini, serasa berada pd lorong kesepian yang teramat sangat..

    salam tahzim dar saye...
    :)

    BalasPadam
  4. enak bukan,
    merakam perjalanan dgn puisi?

    metafora yg menarik,
    dgn kata2 yg mudah terlayar di mata.

    :)

    BalasPadam
  5. Salam Faziz Ar,

    "hebat, kali ini puisi saudara tidak dapat saya baca secara selapis maksudnya".

    BalasPadam
  6. hmm...
    mungkin akan terlerai semua kenangan,
    mungkin akan terikat kembali permandangan,
    mungkin akan terurai setiap detik dalam perjalanan,
    mungkin semua kenangan, permandangan dan detik perjalanan,
    bukan untuk suatu kehidupan???

    dunia kan sementara...

    BalasPadam

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih