30 November 2009

Belon-Belon

apabila
kutiup belonku
anginlah yang kuperangkap
menendang dinding-dinding
lalu belonku membulat

kusimpulkan belonku
dengan tali biru kulepaskan lalu
belonku mendaki ruang

apabila
belonku terlalu tinggi
nun seorang diri dan terlalu sunyi
kupanggil belon-belon
bersama putih belonku
meneroka awan. meneroka bulan

fauzirashid
(di mesyuarat AJK GSL 28.9.85)

3 ulasan:

  1. tapi sayang kerena belon tak tahan lama di kayangan.. huhuhu...

    BalasPadam
  2. salam Fauzi,

    Betapa belonmu adalah
    cita-cita yang
    tinggi

    BalasPadam
  3. Bawalah aku terbang tinggi...

    BalasPadam

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih