16 September 2009

Pencarian Diri

dengan sebilah kunci kubuka pintu diri
di sana ada ribuan pintu yang tak bisa kumasuki
lalu dengan seberkas kunci kubuka ribuan pintu hati
di sana ada ribuan laci yang tak bisa kumengerti

fauzirashid
(aku sedang mencari masterki...untuk kubuka segalanya)
16.9.09

4 ulasan:

  1. mencari diri dalam diri
    satu pintu dibuka
    sepuluh pintu masih tertutup
    temui kunci pembuka
    masih ada kesulitannya
    kerana kita tak nampak
    sebalik pintu pintu itu
    ada ribuan laci yang perlu dibuka diselidiki
    adakah pencarian diri dalam diri itu kehendakNya
    yang ada di sebalik jawapan di dalam laci laci yang masih terkunci yang sukar dimengerti

    BalasPadam
  2. jangan kunci itu hilang,
    macam mana jati diri mahu pulang,
    tambah pula lacinya bertukar ibu kunci?
    sampai hilang nyawa,
    masih tertanya-tanya...



    ***********************************
    mcam main bola,
    lu skor 1 wa kosong,
    pastu wa skor 1 lu tak skor dah,
    kita seri,

    lu skor 2 wa 1,
    wa skor balik 1,
    kita seri,

    lu skor la berapa pun,
    wa pun skor la bejuta pun,
    tapi bila di luar padang,
    anggap la ianya hanya permainan,
    jadikannya 0-0 balik,
    walaupun hakikatnya,
    lu mungkin 5,
    wa mungkin 0,

    lu mungkin 0,
    wa pulak 5..6..7..8...,
    tapi bila dah keluar padang,
    0-0 balik..

    apa salahnya....



    SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI
    MAAF ZAHIR BATIN
    0-0 ok..!!
    ***********************************

    BalasPadam
  3. hanya perlu satu kunci.. selamat hari raya.

    BalasPadam
  4. SALAM buat Sdr Fauzi
    SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI,
    Maaf zahir batin
    Semoga hidup kita sewmakin diberkati Allah.

    BalasPadam

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih