31 Ogos 2009

Disetiap Hembusan Nafasku

telah kumasuki ambang kedua
ramadhanMu ya Tuhan
disetiap hembusan nafasku
kucarimu ya Rahman

kudamba ampunanMu
disetiap detik waktu
yang Kau izinkan untuku
hanya untukMu ya Rohim

setiap gerak diri hidupku
berdiriku, rukukku, dudukku hanya
untuk sujud kepadaMu ya Wadud

dan di sejadahMu kumenengadah
hanya di tanganMu ya Allah
tempatku pasrah

ampuni segala dosaku
ya Azziz, ya Jabbar, ya Muntaqim
menangis kubertaubat pada MU
hanya Kau kurindu

fauzirashid
12 ramadhan 1430
2.9.09

3 ulasan:

  1. Salam Faziz ar,

    "moga doa-doa ini diperkenankanNYA".

    BalasPadam
  2. salam Faziz ar,

    Aku masih berhempas pulas
    untuk menghabiskan
    juz-juz Quran

    Aku masih berhempas pulas
    untuk mencukupkan
    rakaat-rakaat

    Ah, aku masih
    begini
    ___

    Wah, sudah berubah template
    ya tuan, tetapi molek
    kiranya pilih yang medium
    sikit .. he

    BalasPadam
  3. nampak terang saja berbanding templat dulu. selesa membaca.

    BalasPadam

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih