15 Julai 2009

Rajuk

sebentar ku kan pergi
bersama puisi yang luka

kerna tiada guna ku di sini
cuba berbicara saban hari
tak jua kau dengari

biar kupergi
jangan lagi kau tanyai…

fauzirashid
27.6.09

4 ulasan:

  1. janganlah kau pergi
    sejukkan rajukmu
    bicaralah hatimu
    pasti ada hati
    terdengar suara bisumu
    mengalun puisi rindu

    BalasPadam
  2. salam buat mu yang merajuk...
    biar ku elus jiwa rajukmu itu
    agar terlerai segala resah
    dan sembuh segala luka..
    jangan lah dikau pergi
    membawa hati....
    bukankah aku telah kembali
    ke sisi tuk sama berpuisi?
    renunglah dalam mataku faziz...
    pasti kau akan temui..
    apa yg kau cari...

    BalasPadam
  3. salam.
    aku kagum ngan korang.
    boleh berkomunikasi dengan bahasa begini.
    betul.

    Fauzi Rashid, aku suka idea yang kau cuba sampaikan. Aku boleh rasa, merajuk tu. :)

    BalasPadam
  4. janganlah merajuk
    duhai sayang

    janganlah kau pergi
    duhai jiwa

    aku pasti akan rindu
    aku pasti akan carimu
    di alam maya
    dan realiti jua

    khabarkan rindumu
    kepada aku jua
    aku tetap mendengarnya
    aku tetap kaguminya

    kerana aku juga cinta
    dengan apa yang kita ada
    kerinduan
    kesakitan
    dan kesegalaan rasa

    janganlah merajuk
    marilah kembali
    aku mahu pujuk
    aku mahu rujuk

    BalasPadam

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih