30 Mac 2020


EKPERIMENT DICACATAN PERJALANAN (Sambungan 4)

Benteng Santiago (Fort Santiago).
Pintu gapura ini adalah satu-satunya saki baki kota Portugis yang termashor  “A farmosa kota ini telah dibina oleh AlFonso De AlBuQuerQue dalam tahun 1512 tetapi dalam masa penaklukan Belanda dalam tahun 1641 kota ini telah rosak.  Mereka telah membaiki semula kota ini dan sebab itulah kelihatan sekarang jata Syarikat Hindia Timur Belanda dan tarikh 1670.  Dalam masa penjajah Inggeris yang singkat dalam tahun 1807 kota “A Farmosa” itu telah dihancurkan oleh Inggeris kecuali tinggal pintu gapura ini sahaja.
Ketika aku menulis ini si Zamri amil gambar aku.  Gambarnya entah jadi entah tidak.  Lauya punya kamera…
Berhampiran dengan aku menulis ini ada dua buah meriam lama – mengarah ke Selat Melaka.  Depan sana mengarah ke Selat Melaka ada satu padang permainan.  Apa nama padang itu?  Masih mistri bagiku.
Meriam lama. Tumpat dan utuh.  Menunggu kubu tanpa tidor dan lenguh!
Di belakang bersebelahan dengan A Farmosa ada lagi satu meriam lama.  Meriam lama sepanjang lebih kurang 8 kaki diperbuat dari besi tumpat.
A Farmosa dibuat dari bungkah bata yang besar.  Batanya lebih kurang sebesar 2 kaki panjang, 1 kaki tingi dan 1 kaki lebar.
A Farmosa sebenarnya dikaki Bukit St Paul, diliku Jalan Kota dan Jalan Parameswara.  Di belakang A Formosa ialah tebing bukit St Paul.  Tebing inilah ada kuburan lama Inggeris.  Di puncak bukit ini ada satu bangunan besar Inggeris.  Di dalamnya merupakan dewan besar da nada lubang di tengahnya.  Aku Nampak banyak duit siling dilemparkan ke lubang ini.  Untuk apa?
Bukit St Paul puncaknya di dalam kota ini lebih kurang 60 kaki  ketinggiannya dari A Farmosa.
Lubang di tengah di dalam kubu yang kami masuki tadi ialah tempat persemadian sementara St Francis Xavier yang dikatakan mayatnya tidak busuk.  Dari sini mayat St Francis Xavier dipindahkan ke Goa India.  Lubang ini sebesar 10 kaki x 12 kaki dan sedalam lebih kurang 16 kaki.  Di dalam itu orang melemparkan wang siling pada lubang yang memang disediakan.
Kota yang sedang kami masuki ini ialah kota lama Portugis.  Di dalamnya kedapatan memorable stone berdiri bersandar pada dinding tembok.   Bertaikh rata-rata 1600an.
Satu lagi kenaihan rasa manusia terhadap sejarah!  Sejarah yang telah lama meninggalkan mereka.  Bisakah sejarah digarap kembali kemudian dihayati sedalam mungkin?
Ah..si zamri terlalu banyak mengambil gambar di sini. Agaknya dia terpesona dengan kegemilangan silam di puncak St Paul ini.  Setidak-tidaknya dari gerak gerinya menunjukkan begitu.
Pun aku, pun mereka yang bersamaku sekarang, pun mereka yang membunag wang siling ke dalam lubang St Xavier pun burung-burung yang lalu tinggi turut mengkagumi tamadun dan seni budaya silam ini.
Nu di hadapan patung St Xavier tegak berdiri kaku.  Seoalah mahu bermesra dengan menghujahkan kepada kami bahawa “Kedatangannya membentuk tamadun”  Dan aku mendongak mengambil gambarnya di situ.


Bangunan besar yang di dalamnya ada lubag tempat semadian St Fracis Xavier ini alaha bangunan Gereja St Paul.  Gereja tertua di Melaka.
‘Runtuhan Gereja St Paul, gereja Katholik yang tertua ini asalnya hanya sebuah ‘Chapel’ yang kecil dibina di kemuncak bukit Melaka oleh seorang kapitan Portugis, Duarto Coelho pada tahun 1521.  Pembinaan chapel ini adalah untuk mengingati mercy ataupun dikenal juga sebagai ‘Our lady of the hill’ (Nosa sathoro de oiteiro)  kerana beliau telah selamat dari mati di Laut China.  Padri Francis Xavier telah tinggal setiap kali beliau melawat kota Melaka diantara tahun 1545 hingga 1553.  Dan apabila beliau meninggal dunia jasad beliau telah disemadikan di sini untuk sementara waktu selama 9 bulan.  Pada tahun 1548 Chapel ini telah diserahkan kepada ‘Society of Jesus’.  Pada tahun 1556 bangunan ini telah dibesarkan sehingga menjadi dua tingkat dan dinamakan Gereja Annuliation.
Pembinaan gereja ini telah memakan masa selama 12 tahun.  Pada tahun 1590 ebuah menara telah didirikan di atas pintu gerbang gereja ini untuk tujuan pertahanan.
Pada tahun 1641, penjajah Belanda telah menukar peraturan ibadat yang dilakukan di gereja ini dan menamakannya Gereja St Paul, hingga built inipun dinamakan Bukit St Paul.
Pemerintah Belanda menggunakan gereja ini selama 100 tahun hinggalah terbinanya Gereja Christ di kaki bukit ini.  Menara gereja ini telah diruntukan pada tahun 1741 dan bagunannya telah diperkukhkan untuk dijadikan kubu.  Sebuah memara telah dibina dihadapan gereja ini yang akhirnya dijadikan rumah api oleh Inggeris sepertimana yang terdapat sekarang.
Bahagian tengah gereja ini telah dijadikan tanah perkuburan pembesar-pembesar Belanda.  Batu-batu peringatan yang terletak di dinding gereja ini tealh dimabil dari lantainya.
Semasa pendudukan Inggeris kegiatan di gereja ini sanagtlah berkurangan.  Mereka hanya menggunkan gereja ini sebagai tempat menyimpan ubat bedil semasa peperangan meletus.  Sejak dari 150 tahun yang lalu bangunan ini hanya tinggal sebagai runtuhan sahaja dan menjadi tempat tumpuan pelancong.
Bangunan gereja St paul ini setinggi bangunan tiga tingkat sebesar 40 kaki x 200 kaki.
Pukul 11.00 pagi kami duduk minum di gerai di tepi jalan, di liku Melacca Street dan Jalan Parameswara.  Jalan Parameswara dan Jalan Kota ini selari tetapi mereka ialah jalan sehala.  Jalan Parameswara menghala ke barat sementara jalan Kota ke timur.
Sibuk juga jalan di sini dan sekitar kawasan bersejarah.  Inilah sekaran ini terletaknya banyak jabatan kerajaan bagi nengei Melaka.
Kubu, meriam, kubur dan gereja di Bukit St paul ini.  Apakah iktbar dari sini?  Apa kaitan antara merian dengan kubu dan antara kubu dengan kuburan dan antara kuburan dengan gereja yang tinggi di puncak bukit?  Apakah yang diletakkan oleh manusian di tempat yang tertinggi?
Apakah fungsi unsur-unsur meriam dan gereja ini?   Apakah kaitannya dengan sebuah bukit dan laut?
Angin sesepoi bahasa mengimbau pohonan yang besar rendang.  Sementara manusia dan tamadun masa kini berlari..
(semasa minum di gerai di tepi padang.  Di sisi kami ada dua orang gadis yang entah dari mana, minum dan makan juga)

Ms28

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih