30 Disember 2014

INI HUDUD TUHAN. BELAJARLAH MENYANTUNI BUMI


saudaraku sekelian
telah sekian lama kita kasari
bukit dan pergunungannya

kita cemari
darat dan lautan itu

kita injak kita asak
sesuka kita!

sebenarnya
lantai ini tidak pernah membenci kita
walaupun kita injak
walaupun kita ludah
ia tetap menggalas kita
ke mana saja kita pergi

ia tetap memberi kita makan
ia tetap menghulurkan kita air
walaupun kita hentak
walaupun kita cemari najis

ironinya kita tidak pernah merasakan
bahawa kita ini makhluk rakus

dan...
ini sekedar dengusannya
sekedar menekuni hudud Penciptanya

30.12.14

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih