12 Mac 2013

Akulah Lelaki Itu

akulah lelaki
tanpa sepatu
menapak di aspal yang garing
menuju ke pantai ini
merenung langit
mendengar suara ombak

akulah lelaki
tanpa jemu
mengait bulan yang bening
di pekat malam
mengintai mimpi
mendengar rajuk sang pungguk

12.3.13

1 ulasan:

  1. Datang menghayati puisi2 mu saudara.
    Masih indah

    :)

    BalasPadam