17 Januari 2013

Anakku dan Gelang Getah

(anakku dan rakan-rakan bermain gelang getah)

merekapun melontar gelang getah melepasi garisan
gelang getah dilontar mengikut giliran
biru, merah, hijau dan aneka warna ikut pilihan
bila gelang getah bertindan dia akan mengaut semua gelang getah di halaman rumah

dan permainan dimulai semula
biru, merah, hijau dan aneka warna dilontar lagi
ikut pilihan. ikut giliran
bila lontaran gelang bertindan di atas garis halaman
pemenang mengaut semua
gelang getah adalah miliknya

yang menang pulang dengan sebabun getah
yang kalah. pasrah...

besok mereka berjanji untuk
bermain lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan