28 Disember 2012

Laut

digarapnya cairan pekat dosa
dari kuala-kuala nafsu kita
yang tengik yang hanyir yang hancing berbaur
lalu dikendungnya ke pusar yang dalam
sebelum menghempas ke pantai dan ke batu tajam

dan dia menghantar kembali kepada kita
puing-puing putih nan bersih di gigi air
cuma
belanak, belangkas dan camar
mengerti rahsia ini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan