30 Disember 2012

Destinasi Hidup

dengan sebiji belon
anakku memasuki gerabak pagi
di sudut kota yang sejuk

gerabakpun meluncur dengan jeritan yang perih

bila pintu membuka; anakku akan melangkah
ke aspal yang basah
di tangannya sebiji belon kian membesar


dan destinasi itu masih berjela...
tanpa jeda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan