09 November 2012

Jalan Ini

kami telah memilih jalan ini wahai tuan
jalan perubahan demi nusa pertiwi

kami telah menjumpai pemimpin tersohor
yang bakal membawa kami ke dataran beraspal
...dataran perpaduan semua anak bangsa

jangan kau curiga
kami telah memilih jalan yang betul
kami ingin keluar dari kemelut ini
kemelut hidup dijajah kroni
mematahkan lidah kami
merendahkan martabad kami

9.11.12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan