05 Januari 2012

Senyumanmu Itu - Hatiku ini

i.
Senyumanmu (Saat mula kita bersua)

pelangi senja yang menibarkan
warna-warni gemilang meredah awan
dan beburung melayang pagi dan petang
berpasang-pasang

adalah umpama air yang mengalir
dari hulu ke hilir
merempuh pepasir

dan di bawah kehijauan pepohon itu
seekur ikan bermain-main
buihnya yang bening dan dingin

ii.
Hatiku ini ( Apabila engkau melangkah pergi)

umpama
sebilah lembing yang kau tujahkan
ke dadaku yang ungu
lalu aku tersungkur ke tanah
lemah dan berdarah

adalah jua sebilah panah
yang kau lepaskan dari busurnya
tertusuk ke hatiku
lalu aku menggigil dan jatuh
mengerang dan mengaduh

fauzirashid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan