16 Oktober 2011

Masihkah Kau Ingat

senja itu tika kita berdua
menghuni pantai; mendengar desahan ombak
kau dan aku asyik berdakapan dalam serbuk gerimis

masihkah kau ingat...
tika kau menudingkan jarimu
ke arah pelangi senja dengan tujuh warna rindu
dan kau tafsirkan warna-warna itu
bersama lengkung harapan kita yang satu;

sedang aku asyik membilang kepulan awan
yang bergantungan di langit ;

masihkah kau ingat
duhai kekasih


Tiada ulasan:

Catat Ulasan