17 Mei 2011

Bila Sundal Berbicara

berbicaralah sibetina itu saban malam
menaburkan serbuk dari neraka
di tepi-tepi jalan yang bengkok

dari mulutnya, seekur ular membelit
di perutnya, membara api dendam
di rahimnya telah membenih jutaan iblis
dari hubungan persundalan

dan
pentas itu di taja syaitan
yang sedang bermaharajalela...

fauzirashid
(akan terpedayakah anak adam?)
17.5.11

16 Mei 2011

Lelaki Yang Perkasa Itupun

tak semena-mena
percaya kepada salakan seekur anjing gemuk
seorang lelaki yang perkasa itupun
melancarkan perang salib
dan berjihad fisabilillah

ku kira
kalaupun dia gugur di medan perang itu
dia tidak mati syahid
tapi dia
mati katak...

fauzirashid
16.5.11

14 Mei 2011

Fitnah & Sumpah

kalau video itu tulen
siapakah pelakunya
kalau benar sk mahu menegakkan yang maaruf
mencegah kemungkaran
bukankah dia ada bersama?
mengapa tidak membuat serbuan
pada masa adegan sedang berjalan?

atau dia sebenarnya pembekal sundal
kepada siapa?

apakah sumpah membuktikan kebenaran?
apatah lagi dengan al-quran yang terbalik
lambang kejahilan yang tersangat

kalau sumpah tanda benar
tak payah bina mahkamah
pencuri boleh lepas bila dia bersumpah di masjid

kalau sumpah tanda benar
aku ingin berdiri di atas sebidang tanah
dan aku bersumpah bahawa tanah itu kepunyaan aku
maka adakah tanah itu sudah sewajarnya menjadi milik aku?

umpama budak-budak
ketika dia terkantoi
diapun berkata "sumpah aku tak tipu...."
walaupun sebenarnya dia telah melakukan penipuan...

fauzirashid

Suatu Senja

dalam warna yang menjingga
sehelai daun tua
terputus usia


fauzirashid

11 Mei 2011

Kepadamu Kekasih1

biarkan kanvas malam
menumpahkan warna hitam
biar kupalitkan jua
warna rinduku yang terlalu
pada kanvas waktu

umpama bulan purnama
bergantungan di langit damai
sesungguhnya aku si burung pungguk akan
memanggil namamu selalu

biar kulukiskan
pada kanvas sepi
helaian daun-daun hati yang gugur
dipuput bayu

umpamanya aku
siburung tukang
saban waktu mengetuk rindu
tika malam-malam sunyi
mengharapkan bulan menyapa kembali

fauzirashid

09 Mei 2011

Rindu Pembantu Rumah

yayang
aku rindu sekali sama kamu
rindu banget sama mayang

rindu, rindu ya... rindu sangat

oh ya...nantikan aku kirim wang
buat kamu

fauzirashid (yayang- suami, mayang - anak)

08 Mei 2011

Kekuasaan

menyingkirkan segala kewarasan
secalit lendir di dubur dia
yang mampu dipalsukan
profesional yang menjilat
ponggong penguasa rakus

yang pasti
wirawan akan
ke penjara....

fauzirashid

07 Mei 2011

Sebilah Jarum Rindu

telah tertusuk sebilah jarum rindu
ke dada senjaku!

kembalilah aku mencari bait-bait
puisimu yang silam...yang
tersimpan di gubuk waktu

dan
di rekahan tanah gersang ini
di senja yang kian tua
aku kembali menelaah warkah-warkah
dengan bilah-bilah katamu yang
menusuk nuraniku
terlalu dalam...
terlalu dalam tusukkannya!

akan tumbuhkah benih-benih cinta?
bila gerimis senja
mulai membasah...

fauzirashid
7.5.11

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih