20 April 2011

Hitam

umpama pekat malam
dan sebuah gua di lautan yang dalam
diri tanpa cahaya
tika kau melangkah pergi

tinggallah aku mengusung diri
di aspal yang berliku ini
bertemankan sebiji belon

kutinjat takah-takah diri
agar dapat aku bernafas di permukaan martabat
tiada lagi bayang sebagai sahabat

fauzirashid

2 ulasan:

  1. penerusan yang ditemui
    dipanjangkan oleh sejengkal
    nafas yang harum
    diberi tuhan

    memanjat takah-takah hidup
    memilih dan mengerti
    mencari
    satu-satunya
    peradaban

    BalasPadam
  2. Umai desne...
    Dekireba itsumo watashino blogu o yonde kudasai ne..
    Onegaishimasu..

    Robot halus

    BalasPadam