27 Mac 2011

Spontan

ingat umno
liwat dan porno

ingat umno
kerabat apco

fauzirashid
(kenapa aku malu menjadi melayu...)

22 Mac 2011

Tanpa Tajuk

tak sangka
sehingga serendah ini
darjat manusia melayu tersepok

tiada lagi kewarasan
tiada rasa malu
sangat aib
sangat kotor

tiada lagi ulama
tiada lagi bijak pandai
semua pengampu
yang lain kecut

mereka tidak lagi bertuhan
hilang pedoman

sehingga kini aku malu
dilahirkan melayu...

fauzirashid


15 Mac 2011

Kuasa @ Secalit Lendir

dengan secalit lendir dari dubur seorang dia
yang bisa dipalsukan
di mahkamah kanggaroo
mereka akan kekal sebagai menteri
memerintah seabad lagi
mengayakan anak bini

fauzirashid

Selepas Tsunami

dalam al-fatihah
dalam al-takathur
dalam al-'asr
dalam al-humazah

dalam al-fil
dalam al- quraiysh
dalam al-maun
dalam al-kawthar

dalam al-kafirun
dalam an-nasr
dalam al-masad

dalam al-ikhlas
dalam al-falaq
dalam an-nas...

kucari diriku sendiri

fauzirashid

14 Mac 2011

Tsunami

kapal sudah di atas aspal
mobil hanyut ke laut
rumah umpama sampah

air....
akur dengan graviti tuhan
semuanya harus ke pusat yang satu

kalau paksi bumi bisa beranjak
jangan kau anjak paksi diri

fauzirashid
(semasa tsunami besar di timur laut pulau honsyu, japan pada tengahhari 11.3.2011...aku terperangkap dijalan pulang dari Tips Of Borneo di Marudu jam 7.00 malam ... .tiba-tiba air melimpah dijalan raya satu perkara yang tak pernah berlaku...kesan dari tsunami itu...)

05 Mac 2011

Perempuan Jalang Itu

i.
bila perempuan jalang itu dibayar
untuk bicara tentang akhlak
yang keluar dari mulutnya adalah
lendir-lendir fitnah
dari persetubuhan dengan kekasih haramnya
sedikit masa dulu

ii.
dan
aku semakin sedar
gerombolan itu telah hilang kewarasan
dan semakin
dimurkai tuhan

fauzirashid