16 Januari 2011

Mana Mungkin

kau merak di istana kayangan
aku gagak di rimba belantara
mana mungkin kita bersama

kau bunga di taman larangan
aku rerama bersayap luka
mana mungkin kita bercanda

fauzirashid
(buat melani meliana - kota jakarta)

2 ulasan:

  1. dendam silam yang masih berbunga
    pada pohon kenangan..

    BalasPadam
  2. sebentuk permata telah kau jumpa,
    terhampar di kedalaman jiwa,
    mengerti setiap apa yang dirasa..
    adakah ia duka atau sebaliknya..
    itulah .. hati dan nurani ..
    yang sering melakar memori !

    BalasPadam