21 Januari 2011

Dongengan Tua

ketuanan itupun dilaung pada corong-corong nafsu serakah
untuk menguasai semua mantera bangsa
dan meranapkan doa-doa
para siddikin

tanpa haluan
sebuah ketuanan bisa mencabok atau
merentap setiap harakat nafas nusa
apakah kita masih terkeliru oleh lembar bahasa yang beracun

umpama jentayu menunggu gerimis di pohon
kemboja yang tak pernah berbunga di kuburan
gerimis pun tak kunjung membasah
daun-daun hidup
kian kering dan mereput

gersanglah sebuah ketuanan kerna
hanyalah slogan-slogan yang diusung
pada neraca pembelitan

kosong tanpa wajah
sebenarnya mereka yang menderhaka
menggarap semua
hak anak bangsa

fauzirashid

2 ulasan:

  1. ketuanan Melayu=ketuanan peribadi=ketuanan keakuan

    ketuanan Islam melangkaui sempadan bangsa dan agama

    BalasPadam
  2. semoga tuhan membunuh semua kebejatan itu!

    BalasPadam