04 September 2010

Kelabu

bulan kelabu
dilangit biru
di subuh bening itu

bayu menggigit kulit
belon-belon embun di dusun
bergayut di hujung daun

kucari rinduku yang hilang
kucari cintaku yang terbang
kucari kasihku yang terbuang

bulan tetap kelabu
di langit biru
di senja itu

bandul waktu terus menghentak
belonku terus mengecil
dalam tarikan nafasku yang menyesak

fauzirashid

4 ulasan:

  1. agaknya kasih itu bukan terbuang, tapi sembunyi.


    salam jua.

    BalasPadam
  2. salam sahabat,

    Agak-agaklah bila bulan
    itu kembali putih,
    kembali bersih

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. salam saudara...

    agak lama kita tidak menjejak..
    tetiba hati tergerak utk menapak..
    pada secarik rasa yang kau serak...
    ...

    BalasPadam