21 Ogos 2010

Tanpa Tajuk

aku tidak pernah membayangkan betapa
ada yang sanggup melagang fitnah perdana
sempena bulan kita berpuasa

mereka menjadi gila hanya kerana
sebentar lagi mereka akan diregut dari tahta
yang mereka guna untuk gasak dan sapu
segala yang ada

mereka bukan sahaja sanggup mengheret
segala institusi yang ada
malah turut memalitkan agama tuntutan nenek moyang kami

mereka telah sanggup sesat sampai ketahap ini
mengapa...

fauzirashid
21.8.10

2 ulasan:

  1. salam fauzirashid,
    bicara;berulang;bertahun
    mainan mereka.

    -lama kita tiada bicara;
    kerna jarang ketemu masa

    BalasPadam