28 Ogos 2010

Bandul Perkauman

kabilah jahiliah itu sedang
memainkan bandul perkauman
sehingga sangup mengubah hukum halal haram
mahupun fatwa mereka sendiri

mereka heret semua
rakyat jelata mahupun sang raja
melalui kaedah adu domba
dalam media tunggangan

apakah kita masih buta
atau perlu tertipu
dengan cara mereka yang
ibarat cacing kepanasan?

fauzirashid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan