29 Mei 2010

Perjalanan

kurentas subuh
bertemankan bulan separuh
melangkah ke rumahMu
memohon limpah...ya Allah

lelangitku yang kosong
degup jantungku yang meraung. murung
busut-busut takdir tumbuh
dirumpun hilalang
di kiri kanan
jalan pulang

fauzirashid
29.5.10

3 ulasan:

  1. Berbakti untuk manusia kerana Allah
    selama kita hidup, mungkin Allah
    mengampunkan segala dosa.

    Jantung berdegup kerana bimbang pelbagai...

    BalasPadam
  2. salam fauzi,

    Moga istiqamah!

    Dan dengan itu, moga
    Dia melapangkan
    dadamu

    BalasPadam
  3. titik titik takdir tak pernah berhenti mengalir
    di bawah dada langit luas
    di perut bumi tak pernah puas
    ketika seluruh alam sentiasa berdoa; tasbih
    membelah lagi hari besok
    berjudi antara syurga dan neraka
    Tapi; mahukan bahagia
    kelak.

    duwenk
    Bangi

    BalasPadam

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih