06 April 2010

Perempuan Mengunyah Kuoci

di kamar sepi
perempuan itu asyik mengunyah kuoci
sambil menyilang kaki
menyepahkan kulit-kulit di lantai diri

dia menafsir sebuah mimpi
dari ranjang diri
mengutip bunga-bunga kemboja di pusara
dengan cintanya yang telah lama pergi

berbutir-butir kuoci
terus dipepak perempuan itu
tanpa henti
menyemakkan lantai diri

fauzirashid
6.4.10

4 ulasan:

  1. Jom selamatkan harimau!~ ^_^

    BalasPadam
  2. fauzi..
    betapa semaknya lantai hidup
    sampah yang bergelumang
    di hujung kaki..

    BalasPadam
  3. pelacur juga bermasaalah di kemudian hari..

    BalasPadam
  4. salam fauzi,

    Barangkali dia tenggelam
    di dalam zikir kepada-Nya

    Barangkali dia tenggelam
    di dalam lautan
    maghfirah-Nya

    BalasPadam