07 April 2010

Duhai Engkau

biarkan aku melaungkan
kalimah-kalimahMu
kepada biru langit
kepada desah laut
kepada pegun gunung

biarkan aku melagukan
juzuk-juzukMu
kepada air yang mengalir
kepada angin yang semilir
kepada bilah-bilah gerimis yang resap

dan
pada awan yang mengarak
pada bumi yang membasah
biarku suarakan harapan

aku terlalu ingin
menumpang pelangiMu yang melengkung
sambil membisikkan kepada daun kepada burung, bahawa
rahmatanlil'alamin adalah
dariMu semata

kalau aku punyai nafas
punyai kudrat sekedarnya
izinkan aku terus menobatkan ZatMu
resap keseluruh jiwa ini

agar aku
menapak selangkah lagi
mencari erti diriku yang sebenarnya


fauzirashid
(mencari erti diri)
7.4.10

3 ulasan:

  1. salam fauzi,

    Barangsiapa kenal dirinya, kenal
    dia akan Tuhannya


    Moga-moga!

    BalasPadam
  2. Salam Faziz Ar,

    "moga ketemu apa yang sedang dicari oleh saudara".

    BalasPadam
  3. salam fauzi..
    dengan kesedaran
    bahawa di sana ada kebesaran
    melangkahlah dengan perlahan

    BalasPadam