10 April 2010

Benang Bangsa

(mari kita bicara tentang benang bangsa sejujurnya)

i.
laksana lagenda hang tuah
seribu fitnah menanah
menghanyirkan pekung bangsa
akhirnya berkurun
nusa menjadi hamba. terjajah

ii.
kini
benang bangsaku kian kusut
oleh penenunku yang tangan-tangannya berdarah
oleh penenunku yang tangan-tangannya enggan jujur

buku-buku benang
kuning, merah, putih dan biru
kian tersimpul
kian kelabu. berdebu

iii.
akan terbelit hasrat
menenun sehelai bendera yang akan berkibar di tiang nusa
sehelai sejadah yang akan membentang di gunung jiwa

iv.
dengan benang bangsa yang masih ada
jalinlah ia sebaiknya
jalinlah ia sejujurnya
jalinlah ia sekasihnya
demi nusa. demi nusa

agar
anak kita dapat memperagakan
sehelai kain sutera kasih
sehelai songket cinta bersulam bunga
sehelai batik rindu berbunga semalu
dan sulaman baldu sayang
dengan lembar-lembar benang
buat mencorak tradisi

fauzirashid
10apr10

6 ulasan:

  1. salam fauzirashid,

    begitulah yang kita harapkan,
    mungkin..

    BalasPadam
  2. bicara puisi yang amat jujur...

    BalasPadam
  3. salam fauzi,

    Benang bangsa ini mesti disulam
    dengan ikatan tauhid. Jika
    begitu, benang bangsa ini
    takkan terputus
    selamanya

    BalasPadam
  4. bg aku bangsa adalah sesuatu yg lebih abstrak drpd budaya. bangsa melayu itu lebih kabur berbanding budaya melayu.

    BalasPadam
  5. salam fauzi
    jati diri melayu
    bagai selirat benang kusut
    lebih senang mengikut
    dari faham maksud

    BalasPadam
  6. Sungguh patriotik, cinta tanah air.. :)

    BalasPadam