27 Mac 2010

Raungan Dari Neraka

yang ada di sana
pusaran api
yang marak meratah
jasad-jasad yang meraung

berjuta lolong pun bersiponggang
lebur dan kembali lebur
menjadi puntung yang mengelepar
dalam pusaran api yang menjulang

rembesan darah menjadi nanah
menjadi lembah yang mengelegak
hanyir dan tengik

mereka asyik mengunyah duri
menghirup bermangkuk lendir yang mendidih
meraung lagi dan lagi
dalam kepedihan yang teramat siksa

mereka terus meraung meminta dan meminta
dihentikan siksaan dari
libasan cemeti azab
tapi tuhan tidak pernah peduli

mereka meraung untuk kembali kepada tuhan
tapi jarum waktu telah dihentikan

kekallah mereka di situ
selama-lamanya...

fauzirashid
27.3.10

6 ulasan:

  1. allahumma,
    wanauzubika min sahatika wannar..

    BalasPadam
  2. raung ini
    mengingatkan pada perjalanan
    mikraj
    pada barzakh nanti..
    (renungan diri)

    BalasPadam
  3. Pedoman buat mereka yang berfikir.

    BalasPadam
  4. Terima kasih sahabat menghasilkan
    sajak sebegini, jarang dizahirkan
    oleh sesiapa

    Moga-moga terus diberikan
    ilham oleh-Nya

    BalasPadam
  5. Salam, Sdr Fauzi;
    Alangkah payahnya hendak menidakkan hakikat itu! Semoga kita bukan sebahagian daripada yang Sdr gambarkan itu. Ya, ALLAH!

    BalasPadam