15 Mac 2010

Perawan & Bunga

hampir setiap pagi
kulihat perawan itu
mengutip bunga

kuntum demi kuntum
dengan basahan embun

sebakul bunga
pelbagai warna
dikelek perawan itu
lalu berjalan pulang

dibibirnya
sekuntum senyum
seulas kelembutan
bersama keharuman kelopak
yang semerbak

fauzirashid
15.3.10

3 ulasan:

  1. Salam... 'manis sekali.' :)

    BalasPadam
  2. salam ..
    perempuan, bunga dan rama rama
    carilah bezanya..

    BalasPadam
  3. mungkin nostalgia
    atau hanya mimpi
    atau kebetulan...
    dalam dunia yang terpinggir ?

    BalasPadam