25 Mac 2010

YB MP

aku fikir
mereka ke sana
sibok merangka
akta-akta
untuk kita

rupa-rupanya
mereka asyik
mendendangkan auta-auta
untuk media

makan dan minum mereka
kita yang bayar

hai kalian
jawab tanyaku ini...

apakah kalian redho
dengan mereka?

fauzirashid
25.3.2010

3 ulasan:

  1. Mereka adalah insan insan yang telah gelap gelita jiwanya yang telah diterangi dengan wang dan nafsu adanya ...

    BalasPadam
  2. aku haramkan atas mereka, demi Allah, dengan darah dan keringatku yang tumpah mencari rezeki untuk mereka guna sambil lewa.

    BalasPadam
  3. salam fauzi,

    auta, barangkali itulah
    makan minum mereka!

    BalasPadam