dalam kemunafikan diri
kulihat mereka tidak lagi mampu berhujah
kepada pertanyaan-pertanyaan yang ringan
apalagi sekiranya ada jemputan pasukan lawan duduk bersama
mereka pasti akan kelihatan dungu umpama lembu yang mengunyah rerumput kering
tanpa fakta mereka menabur perasangka
atau
sengaja mengeruhkan keadaan
dalam kesamsengan 50 tahun lebih mereka memenopoli segala urusan
ketika mereka dipuncak kuasa
mereka persetankan segala
kini mereka mahu muncul jadi pembela nombor wahid
tapi sebenarnya yang kulihat adalah;
taburan fitnah tanpa fakta
dalam nada dan muka yang tolol
aku tidak sekali-kali percaya
untuk mereka membela kami
mereka sebenarnya mahu bikin kacau
mahu buat samseng
agar dapat menjerut semula hidup kami
agar mereka dapat merompak
setelah gagal bertarung secara berdepan
secara anak jantan
kerana mereka tidak punyai hujah lagi
hanya mahu bikin kacau
dalam budaya samseng
mereka hanya mahu bikin
kami keliru
untuk bersama mereka
oh..tidak
kami telah insaf
fauzirashid
16.2.2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Belum bertajuk
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
pelangi kembali melengkung dilangit mendung pada senja yang menjingga menibarkan tujuh warna gerimis ada laungan keramat bersama beburung ya...
-
kau terus membiarkan tanda soalmu melengkong dihujung gerabak pertanyaan diri sedang di bawahnya sengaja kau letak sebutir batumu yang berat...
'mereka menggunakan semua kebijaksanaan akal yang diberi tuhan untuk menipu semula tuhannya!'
BalasPadamSaudara Fauzi, sungguh sukar mencari seseorang mendalami kekalutan jiwa marhaen yang lain dalam dunia puitis puisi .. dan bukan mudah membuka jiwa yang kelam itu dalam bait semburan dalam puisi .. namun kita cuba seadanya .. insyaALLAH
BalasPadamsalam sahabat,
BalasPadamLawan tetap lawan!
apa cara, kena cara
biar sejarah
berbicara